Friday, August 13, 2010

Suami imPian..... :-)



"Yang dicari,
walau bukan putera raja,biarlah Putera Agama..
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan Sihat Rohani,sempurna hati..
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat..
Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana aku serikandi dengan silam yang kelam..
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah Akad dan Janji Setia..
Yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
aku Redho ketetapan ILLAHI..
e2 lah ketentuan sejak Azali..."



Al-Quran Dusturuna

Hadith :

Dari Abu Musa r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.”

 
(Muslim)



Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Inteam - Keluarga Penyayang

Impian setiap mukmin dan mukminah : mmpunyai keluarga yg bahagia,anak yang soleh dan solehah jua isteri solehah n suami yang soleh.moga aku mendapat segala impian2 diatas.amin....moga aku dapat menjadi ibu yang terbaik (mithali) buat anak2ku nanti jua isteri yg menjadi tongkat buat suamiku,penenang buatnya dikala dlam kesusahan..Ya ALLAH...kau kurniakanlah buatku kebahgian,ketenangan di dunia dan akhirat..jadikanlah mereka2 e2 
penyejuk hatiku ini...amin...

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK

Ramadhan bulan puasa bulan kerahmatan dan bulan keampunan...
pintu dibukakan...
ditutup pintu neraka...
debelenggu syatan yang durjana dihentikan azab di pusara..