Thursday, February 24, 2011

Perbezaan/Perbandingan antara Al-Quran dengan Bible...




وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواْ شُهَدَاءكُم مِّن دُونِ اللّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {23}

Dan jika kamu tetap meragui Al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami, buatlah satu surah yang seumpama Al-Quran dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."

                   Di dalam Britannica Encyslopedia Intermediate, didalam bab 'Koran' telah disebutkan: "Yang berkata-kata (di dalam Al-quran) ialah Allah dan yang menerima wahyu itu ialah Muhammad, Rasul pilihan Allah. Umat islam menyakini Al-quran diturunkan oleh Allah dengan perantaraan malaikat Jibril kepada rasulNya untuk disampaikan kepada bangsa Arab (ketika itu)." Definisi ini selari dengan apa yang dipegangi oleh orang-orang islam selama ini bahawa Al-quran bukan ciptaan makhluk tetapi wahyu Allah sepenuhnya. Ketika ia diturunkan kepada Rasul, Baginda telah mengarahkan sahabat-sahabat Baginda untuk menulisnya tanpa sebarang tokok tambah dan tulisan itu kemudiannya dibukukan dizaman khlifah Uthman ibn Affan r.a hinggalah ke hari ini.

Definisi Al-Quran mengikut 'Britannica Encyclopedia Intermediate'
Dr. Gary Miller merupakan seorang paderi (minister) dan pakar matematik yang berasal dari Kanada. Pada tahun 1978 beliau berkesempatan untuk membaca Al-quran dan beliau terkejut dengan mesejnya yang jelas lagi menakjubkan. Beliau kemudiannya memeluk islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan Al-quran sebenarnya Kalam Allah. Diantara aspek yang mengkagumkan beliau ialah, walaupun Al-quran diturunkan kepada mereka yang hidup dipadang pasir,isinya berbagai-bagai termasuk perincian berhubung lautan dan ombak. Beliau menceritakan kisah seorang ahli pelayaran dari Toronto yang diberikan terjemahan Al-quran untuk dibaca. Selepas membacanya ahli pelayaran itu telah bertanya: "Adakah Muhammad seorang ahli pelayaran? "Beliau diberitahu: "Tidak!" "Jika demikian ini merupakan suatu yang pelik kerana isi Al-quran berhubung lautan, awan dan ombak begitu terperinci dan tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku. Sepanjang pengalaman saya, sedangkan Muhammad seorang yang sentiasa berada di kawasan padang pasir!"Ini membuktikan Al-quran bukan karangan manusia tetapi wahyu daripada Allah..

                   Tulisan Dr. Gary Miller Berhubung Kehebatan Al-Quran
                  Sebaliknya, Bible yang ada pada hari ini secara umumnya adalah hasil kerja manusia mengikut olahan dan kehendak manusia.Salah satu organisasi kristian terkemuka, International Bible Society (IBS) yang beribu pejabat di Amerika dan mempunyai pejabat di 100 negara di dunia, ketika menjawab soalan berhubung pengarang kitab Bible telah berkata: "Ramai orang telah menyumbang didalam penulisan Bible. Mengikut 'The Oxford Dictionary of Current English' bermaksud: "writer of book, article etc; originator of idea, etc. " Maksudnya, mereka tidak hanya menulis, mereka juga menentukan isi, stail dan olahan serta mengedit dimana perlu.
Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan penulis-penulis Bible tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan sumber-sumber itu. Tujuan mereka ialah untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku ialah mereka telah mendedahkan kesilapan mereka sendiri.”Salah seorang yang telah mengaku menulis dan mengedit Bible ialah Dr. S. Franklin Logsdon (1907-1987). Beliau merupakan seorang paderi yang dihormati dan pernah memimpin gereja Moody Memorial Church di Chicago, gereja Central Baptist Church di London, gereja Immanuel Baptist di Michigan dan banyak lagi. Dr. Frank Logsdon adalah salah seorang jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard Version (NASV). Beliau mengaku telah mengedit dan membuang banyak ayat-ayat Bible dalam usaha untuk melahirkan Bible NASV.

Pengakuan Dr. Franklin Logsdon Yang Telah Membantu Menulis Bible NASV. Beliau Mengaku Telah Mengedit Isi Bible Dan Berasa Amat Bersalah Dengan Perbuatannya Itu

Isu berhubung penulis-penulis Bible sebenarnya tidak hanya ditimbulkan oleh orang-orang islam malah juga oleh tokoh-tokoh kristian! salah seorang daripada mereka ialah Paderi (Father) John Breck yang pernah menimbulkan isu ini didalam sebuah laman web berautoriti, Christianity.com. Beliau adalah seorang professor didalam bidang 'Biblical Interprepretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute di Paris, Peranchis.

Wednesday, February 23, 2011

ASBAB NUZUL

Asbab  nuzul atau sebab-sebab disebalik turunya ayat al-quran merupakan satu cabang ilmu dari ilmu-ilmu berkaitan al-quran. Seperti mana hadis yang mempunyai sebab wurudnya, begitu juga ayat al-quran yang sebahagiannya diturunkan dengan sebab dan kisah tertentu disebaliknya.

            Asbab nuzul membantu dalam mengahayati kisah-kisah dan sejarah kehidupan para nabi dan para sahabat serta umat-umat terdahulu supaya kita dapat mencari perbezaan dan persamaannya dengan umat manusia pada zaman ini seterusnya mengambil intifadah daripada sebahagiannya dan menjadikan sebahagian lagi sebagai pengajaran dalam kehidupan.

            Dengan mengkaji asbab nuzul sesuatu ayat, seseorang individu dapat mendalami dan menghayati isi kandungan al-quran serta dapat mengetahui hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah kepada manusia kerana ia juga merupakan kaedah untuk mengistinbatkan sesuatu hukum. Contohnya melalui asbab nuzul surah an-Nisa’ ayat 3, kita dapat mengistinbatkan hukum harus dalam berpoligami. Di sini saya bawakan dalil yang berkaitan beserta hukum-hukum yang diistinbatkan daripadanya.
Dalam surah an-Nisa’ ayat 3, Allah menyebut

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً.....(3)
Terjemahannya: Dan jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi dua,tiga atau empat. Tetepi jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim.
            Ayat ini telah menentukan beberapa hukum berkaitan perkahwinan. Kita akan sama-sama mengenalpasti apakah hukum-hukum tersebut dan bagaimana ia diistinbatkan kepada ayat ini.
 Jawapannya ialah, terdapat tiga hukum di dalam ayat di atas. Pertama, harus berkahwin dengan mana-mana perempuan yang disenangi. Kedua, harus berpoligami dan dihadkan sehingga empat orang isteri. Ketiga, jika khuatir tidak dapat berlaku adil, maka wajib mengahwini seorang isteri sahaja.
Hukum pertama diistinbatkan kepada ayat tersebut berdasarkan peristiwa ketika Urwah bin Zubair bertanya kepada Aisyah radiyallahu ‘anha tentang firman Allah subhanahu wa ta’ala: ( وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى..) maka Aisyah radiyallahu ‘anha  menjawab, wahai anak saudaraku, yatim yang dimaksudkan di sini adalah anak perempuan yatim yang ada di bawah asuhan walinya yang mempunyai harta kekayaan yang bercampur dengan harta walinya itu. Harta dan kecantikan anak yatim ini menjadikan walinya tertarik untuk menikahinya tetapi walinya tidak mahu berlaku adil dalam membayar mahar kepada anak yatim ini sepertimana bayaran mahar yang sepatutnya diberikan kepada perempuan-perempuan lain. Hal ini menyebabkan wali anak yatim dilarang menikahinya kecuali sekiranya ia mahu berlaku adil serta membayar mahar yang sepatutnya atau mahar yang lebih tinggi dari biasanya. Oleh kerana itu, para wali diperintahkan menikahi perempuan-perempuan lain yang mereka senangi. Daripada asbab nuzul ayat ini, kita dapat memahami dengan jelas bahawa seseorang lelaki dibolehkan mengahwini mana-mana perempuan yang mereka suka atau mereka senangi. Tetapi suka untuk saya ingatkan di sini bahawa Rasulullah telah menetapkan garis panduan kepada umatnya berkaitan ciri-ciri dalam membuat pemilihan calon pasangan hidup.  (*)
   Hukum kedua mengharuskan berpoligami tetapi dihadkan hanya kepada empat orang isteri sahaja. Hukum ini diistinbatkan berdasarkan amalan berpoligami yang diamalkan oleh masyarakan arab semenjak zaman nabi malahan diamalkan oleh nabi-nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w lagi. Namun bilangan isteri yang mereka kahwini tidak dihadkan kepada bilangan tertentu. Selepas ayat ini diturunkan, ia menunjukkan bahawa Islam membolehkan berpoligami tetapi hanya dihadkan kepada empat orang isteri sahaja dalam waktu yang sama dan tidak boleh melabihi bilangan itu.
    Hukum ketiga mewajibkan seseorang menikahi seorang isteri sahaja sekiranya khuatir tidak dapat berlaku adil. Hukum ini juga diistinbatkan berdasarkan amalan berpoligami yang dibolehkan dalam Islam. Berlaku adil yang dimaksudkan di sini ialah adil dalam memenuhi keperluan isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriah dan batiniah.
     Hukum berkenaan berpoligami ini juga telah disepakati oleh ijma’ ulama. Hal ini dijelaskan pula oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab Daruquthni dalam sunannya bahawa: Nabi berkata kepada Ghailan bin Umayyah Ats-Tsaqafah yang masuk Islam dan ia mempunyai sepuluh orang isteri. Nabi bersabda: “pilihlah empat orang di antara mereka dan ceraikanlah yang lainnya”. Hadis ini juga menjadi dalil yang berperanan menguatkan lagi hukum yang terdapat di dalam surah an-Nisa’ ayat 3 berkaitan perkahwinan.
Maklumat yang telah saya kongsikan di ruangan ini bertujuan untuk santapan dan renungan sahabat-sahabat serta para pencinta ilmu Allah yang sangat luas ini. Harapan saya semoga perkongsian ini mendapat pandangan dan buah fikiran daripada para pembaca untuk penambahbaikkannya di samping dapat mencambahkan ilmu baru dalam kehidupan kita serta dapat meningkatkan keyakinan terhadap pencipta Yang Agung yang telah mensyariatkan ilmunya, agama yang diredhai di sisinya serta hidayahnya kepada manusia seluruh alam dengan kalamnya yang indah yang tiada tara.
(*) Terdapat persoalan yang tersembunyi.
  DITULIS  OLEH NOOR NURULUFA BT MAT SAAD                                                                                                                                              

Sunday, February 20, 2011

10 WASIAT HASAN AL-BANNA

  1. Jika anda mendengar azan,segerakanlah melakukan solat...walau bagaimana pun sibuknya anda.
  2. Bacalah Al-Quran,lakukan pengkaian,dengarlah pengajian,dan berzikirlah.
  3. Biasakanlah berbicara dalam Bahasa Arab standart.
  4. Jangan memperbanyak berdebat dalam semua urusan.
  5. Jangan banyak ketawa.
  6. Janagn banyak bergurau.
  7. Jangan bersuara kuat melebihi yang diperlukan pendengar.
  8. Jangan mengumpat seseorang,jangan merendahkan lembaga Islam,dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan.
  9. Berkenalan/bertegur sapa dengan saudara,teman yanga anda jumpai.
  10. Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang anda miliki.Oleh kerana itu,bantulah orang lain agar memanfaatkan waktunya.Kalau anda berurusan,persingkatkanlah waktunya.