Thursday, February 24, 2011

Perbezaan/Perbandingan antara Al-Quran dengan Bible...




وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواْ شُهَدَاءكُم مِّن دُونِ اللّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {23}

Dan jika kamu tetap meragui Al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami, buatlah satu surah yang seumpama Al-Quran dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."

                   Di dalam Britannica Encyslopedia Intermediate, didalam bab 'Koran' telah disebutkan: "Yang berkata-kata (di dalam Al-quran) ialah Allah dan yang menerima wahyu itu ialah Muhammad, Rasul pilihan Allah. Umat islam menyakini Al-quran diturunkan oleh Allah dengan perantaraan malaikat Jibril kepada rasulNya untuk disampaikan kepada bangsa Arab (ketika itu)." Definisi ini selari dengan apa yang dipegangi oleh orang-orang islam selama ini bahawa Al-quran bukan ciptaan makhluk tetapi wahyu Allah sepenuhnya. Ketika ia diturunkan kepada Rasul, Baginda telah mengarahkan sahabat-sahabat Baginda untuk menulisnya tanpa sebarang tokok tambah dan tulisan itu kemudiannya dibukukan dizaman khlifah Uthman ibn Affan r.a hinggalah ke hari ini.

Definisi Al-Quran mengikut 'Britannica Encyclopedia Intermediate'
Dr. Gary Miller merupakan seorang paderi (minister) dan pakar matematik yang berasal dari Kanada. Pada tahun 1978 beliau berkesempatan untuk membaca Al-quran dan beliau terkejut dengan mesejnya yang jelas lagi menakjubkan. Beliau kemudiannya memeluk islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan Al-quran sebenarnya Kalam Allah. Diantara aspek yang mengkagumkan beliau ialah, walaupun Al-quran diturunkan kepada mereka yang hidup dipadang pasir,isinya berbagai-bagai termasuk perincian berhubung lautan dan ombak. Beliau menceritakan kisah seorang ahli pelayaran dari Toronto yang diberikan terjemahan Al-quran untuk dibaca. Selepas membacanya ahli pelayaran itu telah bertanya: "Adakah Muhammad seorang ahli pelayaran? "Beliau diberitahu: "Tidak!" "Jika demikian ini merupakan suatu yang pelik kerana isi Al-quran berhubung lautan, awan dan ombak begitu terperinci dan tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku. Sepanjang pengalaman saya, sedangkan Muhammad seorang yang sentiasa berada di kawasan padang pasir!"Ini membuktikan Al-quran bukan karangan manusia tetapi wahyu daripada Allah..

                   Tulisan Dr. Gary Miller Berhubung Kehebatan Al-Quran
                  Sebaliknya, Bible yang ada pada hari ini secara umumnya adalah hasil kerja manusia mengikut olahan dan kehendak manusia.Salah satu organisasi kristian terkemuka, International Bible Society (IBS) yang beribu pejabat di Amerika dan mempunyai pejabat di 100 negara di dunia, ketika menjawab soalan berhubung pengarang kitab Bible telah berkata: "Ramai orang telah menyumbang didalam penulisan Bible. Mengikut 'The Oxford Dictionary of Current English' bermaksud: "writer of book, article etc; originator of idea, etc. " Maksudnya, mereka tidak hanya menulis, mereka juga menentukan isi, stail dan olahan serta mengedit dimana perlu.
Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan penulis-penulis Bible tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan sumber-sumber itu. Tujuan mereka ialah untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku ialah mereka telah mendedahkan kesilapan mereka sendiri.”Salah seorang yang telah mengaku menulis dan mengedit Bible ialah Dr. S. Franklin Logsdon (1907-1987). Beliau merupakan seorang paderi yang dihormati dan pernah memimpin gereja Moody Memorial Church di Chicago, gereja Central Baptist Church di London, gereja Immanuel Baptist di Michigan dan banyak lagi. Dr. Frank Logsdon adalah salah seorang jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard Version (NASV). Beliau mengaku telah mengedit dan membuang banyak ayat-ayat Bible dalam usaha untuk melahirkan Bible NASV.

Pengakuan Dr. Franklin Logsdon Yang Telah Membantu Menulis Bible NASV. Beliau Mengaku Telah Mengedit Isi Bible Dan Berasa Amat Bersalah Dengan Perbuatannya Itu

Isu berhubung penulis-penulis Bible sebenarnya tidak hanya ditimbulkan oleh orang-orang islam malah juga oleh tokoh-tokoh kristian! salah seorang daripada mereka ialah Paderi (Father) John Breck yang pernah menimbulkan isu ini didalam sebuah laman web berautoriti, Christianity.com. Beliau adalah seorang professor didalam bidang 'Biblical Interprepretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute di Paris, Peranchis.

9 comments:

  1. Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan:

    “(Penulis-penulis Bible) tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan sumber-sumber itu.

    ReplyDelete
  2. di sini telah terbukti bahawa berlaku banyak perbezaan antara Al-Quran dan Bible itu sendiri,,sudah jelas lagi bersuluh bahawa sumber Al-Quran itu sendiri adalah kalam Allah SWT..manakala Bible pula adalah hasil karya dan pengubahan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia,,Al-Quran itu merangkumi semua perkara,manakala dalam Bible itu terdapat percanggahan,penipuan fakta dan sebagainya,,maka kita mempunyai akal yang telah dikurniakan,,maka fikirkanlah,,,wallahu 'alam

    ReplyDelete
  3. sedangkan org kristian sdiri mengakui kehebatan al-Quran, kita sbg umat Islam mmg tidak dapat tidak harus mempraktikkan segala apa dalam al-Quran.. semoga hidup dirahmati Allah

    ReplyDelete
  4. Penjelasan Berhubung Penulis-Penulis Bible Yang Dibuat Oleh International Bible Society Menyebutkan Seramai 40 Orang Telah Menyumbang Kepada Isi Bible. Tulisan Mereka Dianggap Sebagai Kalam Tuhan.

    ReplyDelete
  5. waaa....pandai la aro...bagus2...truskan usaha ye

    ReplyDelete
  6. Penulisan yg bagus...teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  7. Bible skrg mang dh di edit dari version y asalnya..mlh menterjemah dari bahasa asalnya ( bahasa ibrani bg perjanjian lama,dan bahasa greek bagi penjanjian baharu) mengubah maksud asal bg kitab ini...mlh,perkataan "muhammadeen" y ada pada ki...tab asal tulisan ibrani telah "dihilangkan" pada kitab2 y diterjemahkan kpada bahasa lain(Rujukan : Seorang bekas paderi Jerman)...dianggarkan bible telah diterjemahkan kpda lebih 2000 bahasa...ini berbeza dengan kitab suci Al-Quran y dikekalkan dlm bahasa arab..dijaga dan dipelihara..:-)

    ReplyDelete
  8. musuh luar sntiasa takut akan Al-Quran krn mereka percaya Al-Quran merupakan senjata bg Org2 mukin..jesteru e2 lah timbulnya berita pembakaran Al-Quran suatu masa dahulu..

    ReplyDelete
  9. Al-Quran e2 letaknya di hati untk dihayati,bkn untk dibakar sesuka hati..

    ReplyDelete