Friday, March 25, 2011

rambut VS wanita bertudung : ??

Setelah seminggu lebih saya menyepi dari ruang blogger,kali ini saya ingin menceritakan pula mengenai wanita bertudung dan rambut2nya....hehe..cuba anda pikirkan sejenak,rambut kelihatan penting di mata siapa??wanita bertudungkah atau wanita tidak bertudung...jeng3...sudah tentulah wanita yang tidak bertudung lebih mementingkan penjagaan rambutnya.ha!!!anda xpercya????hehe...xpe...fikir2kanlah... :-) saya tidak meletakkan kesimpulan ini secara 100%.akan tetapi...memag benar rata2 wanita bertudung kurang mengambil berat tentang penjagaan rambut berbanding wanita tak bertudung...tapi ingat...!xsume wanita bertudung mcm 2......hehe..
        Seharusnya anda yang bertudung perlulah menjaga kecantikan dan kesihatan rambut anda sama seperti mereka yang tidak memakainya. Mungkin anda merasakan untuk apalah berambut hebat kalau ia akan ditutup dengan tudung sepanjang hari.Saya harap janganlah anda berperasaan begini...t lari pulak jejaka2 tampan dari hidup anda hhihi....Tak mahu ke anda kalau kelihatan tampil hebat di mata suami dan ahli keluarga anda???mestilah nak kan...hehe..Bertudung atau tidak bukanlah ukurannya,yang penting sebagai wanita,anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita.Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah anda dan penampilan diri yang lain.

Ha kawan...!nak tahu x petua penjagaan rambut bagi wanita bertudung nih????jom ikut saya melihat tips2ntya n than harap2 apa yang saya nukilkan di blog ini dapat mmberi manfaat buat anda semua... ;-)

1)Tidak Perlu Mencuci
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari.
Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja atau belajar....Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

2) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Kalau anda berkerja dari jam 9 hingga 5, bayangkan berapa lama anda harus menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.

3) Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

4) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. 

5) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan pula membiarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.


Ha....dah ingat belom petua2nye hehe..hope kita amalkan bersama2 selepas ini... ;-) 

No comments:

Post a Comment